Pokok pembicaraan surah Ad Dhuha ini, pengungkapannya dan pemandangan-pemandangannya, bayangan-bayangan dan nada-nada pernyataannya merupakan suatu sentuhan kasih mesra, suatu hembusan rasa sayang, suatu belaian tangan yang belas kasihan yang menghilangkan sakit derita, suatu tiupan bayu yang membawa kerehatan, kerelaan dan harapan di samping mencurahkan rasa ketenteraman dan keyakinan. Semuanya itu adalah dituju kepada Rasulullah s.a.w. untuk menghibur dan mententeramkan hatinya.
Ad: Main Facebook dan Twitter Dapat Uang, Pulsa, Sekaligus Sedekah. Caranya..? Silahkan KLIK DI SINI
Semuanya itu merupakan tiupan bayu rahmat, bisikan kasih, perdampingan yang mesra, timangan-timangan kepada jiwa yang lesu, fikiran yang gelabah dan hati yang menderita. Berbagai-bagai riwayat telah memberikan bahawa penurunan wahyu telah putus seketika kepada Rasulullah s.a.w. Malaikat Jibril telah terlambat membawa wahyu Allah kepadanya kerana itu kaum Musyrikin melancarkan kempen bahawa Muhammad telah ditinggalkan Tuhannya! Lalu Allah turunkan surah ini.
Penerimaan wahyu, pertemuan dengan Jibril dan perhubungan dengan Allah, merupakan bekalan-bekalan kepada Rasulullah dalam mengharungi jalan da’wah yang sukar, merupakan air minum di panas yang terik dalam menghadapi keingkaran. Dan merupakan angin sepoi bahasa dalam cuaca panas menghadapi pendustaan kaum Musyrikin. Dengan inilah Rasulullah s.a.w. dapat hidup dalam panas terik yang membakar yang dialami beliau ketika menghadapi manusia-manusia yang liar, penderhaka dan degil, dan ketika menghadapi tipudaya, gangguan dan penindasan yang ditimpakan ke atas da’wah, keimanan dan hidayat oleh pelampau-pelampau kaum Musyrikin.
Apabila wahyu terputus seketika, maka putuslah bekalannya, keringlah matairnya dan sepilah hatinya dari kekasih, dan tinggallah beliau seorang diri di tengah panas terik tanpa bekalan, tanpa air dan tanpa bau kekasih tercinta yang biasa dini’matinya. Dan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. begitu sengsara menanggungnya dari segala sudut.
Ketika itulah turunnya surah ad Dhuha ini membawa kasih mesra, rahmat,pe rdampingan, kerelaan, ketenteraman dan keyakinan:
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia murkakanmu.”
( وََللْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ اْلُأوَلى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
( وََلسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ َفتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati.”
Yakni Tuhanmu tidak pernah sekalipun meninggalmu sebelum ini dan tidak pernah sekalipun membiarkanmu dari limpah rahmat, naungan dan perlindungannya.
( َأَلمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا َفآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lalu Allah memberi perlindungan kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا َفهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ عَائًِلا َفَأ ْ غنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?”
Tidakkah ini benar-benar berlaku dalam kehidupanmu? Tidakkah engkau merasa kesannya dalam hatimu dan dalam realiti kehidupanmu?
Tidak, tidak.
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu, dan tiada pula Ia murkakanmu.” Yakni rahmat kebajikan-Nya tidak pernah putus darimu dan tidak akan putus buat selama-lamanya.
( وََللْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ اْلُأوَلى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”Ya kni di sana terdapat balasan-balasan untukmu yang lebih besar dan lebih sempurna:
( وََلسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ َفتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati”
Turut bersama tiupan bayu hakikat ini ialah tiupan bayu yang lembut yang terdapat dalam ungkapan-ungkapan ayat dan nada-nada pernyataannya, juga dalam frem alam yang diletakkan hakikat ini yaitu ungkapan:
( وَالضُّحَى ( 1
1. “Demi waktu pagi.”
( وَاللَّيْلِ إَِذا سَجَى ( 2
2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi”
Ungkapan ini melahirkan suasana mesra yang lemah-lembut dan kasih yang tenang di samping melahirkan kerelaan yang syumul dan rindu dendam yang halus:
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا َقَلى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia murkakanmu.”
( وََللْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ اْلُأوَلى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
( وََلسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ َفتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati.”
( َأَلمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا َفآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungan kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا َفهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ عَائًِلا َفَأ ْ غنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?”
Seluruh perasaan kasih mesra, kerelaan dan kerinduan itu adalah mengalir dari suasana ungkapan yang seni, kata-kata yang lembut, dan irama indah yang keluar dari ungkapan-ungkapan itu iaitu irama yang bergerak dan melangkah tenang dan melahirkan gema yang halus dan sayu. Apabila Allah hendak mengadakan satu frem bagi mengungkapkan perasaan kasih sayang, rahmat yang tenang, kerelaan yang menyeluruh dan kerinduan yang halus ini maka Dia telah memilih waktu pagi yang terang cemerlang dan malam yang sunyi itu sebagai frem yang amat sesuai dengannya. Itulah dua Surah waktu yang paling jernih hening dan bening dari waktu-waktu siang dan malam.
Itulah dua waktu yang merangsangkan manusia melepaskan menungan-menungan dan pengamatan-pengamatannya, merangsang jiwanya berhubung dengan alam buana dan dengan Allah Penciptanya dan mengarahkannya supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih-tasbih dan dengan melahirkan perasaan yang gembira dan jernih. Allah telah menggambarkan dua waktu itu dengan kata-kata yang sesuai.
( وَاللَّيْلِ إَِذا سَجَى ( 2
2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.”
Yakni malam yang dimaksudkan di sini bukannya seluruh waktu malam yang sepi dan gelap-gelita, malah yang dimaksudkan ialah waktu malam yang tenang, jernih, hening, diselubungi tompokan-tompokan awan
yang tipis yang merangsangkan perasaan sedih, bimbang dan terharu yang halus dan renungan yang tenang seperti suasana hidup yatim dan menumpang orang lain. Kemudian ia menyerlah tenang bersama waktu pagi
yang hening. Demikianlah warna-warna gambaran itu sesuai dengan warna-warna fremnya. Dengan ini pengungkapan ayat-ayat ini menjadi begitu serasi. Gubahan ungkapan yang cukup indah ini membuktikan bahawa al-Qur’an itu dan gubahan Allah yang indah, tidak dapat ditandingi dan ditiru. Ad: Main Facebook dan Twitter Dapat Uang, Pulsa, Sekaligus Sedekah. Caranya..? Silahkan KLIK DI SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mutiara Hikmah
"Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus disedekahkan untuk setiap ruas itu." Para shahabat bertanya, "Siapa yang kuat melaksanakan itu, ya Rasulullah? Beliau menjawab, "Dahak yang di masjid itu lalu ditutupinya dengan tanah, atau menyingkirkan sesuatu gangguan dari tengah jalan itu berarti sedekah. Atau, sekiranya tidak dapat melakukan itu, cukuplah diganti dengan mengerjakan dua rakaat shalat dhuha." (HR. Ahmad dan Abu Daud)
0 comments:
Post a Comment