Pentafsiran Surah Ad Dhuha ayat 6 - 8:
Kemudian surah ini terus mengingatkan Rasulullah s.a.w. tentang hubungan beliau dengan Allah sejak permulaan jalan hidupnya lagi agar beliau sentiasa mengenangkan budi baik Allah, kasih mesra dan limpahan kurnia-Nya terhadap beliau, dan agar beliau mendapat keni’matan dengan mengingatkan kembali suasana-sausana rahmat dan kasih mesra Ilahi terhadap dirinya. ini adalah suatu keni’matan yang besar yang dirangsangkan oleh kenangan-kenangan indah seperti berikut:
( َأَلمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا َفآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungan kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا َفهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ عَائًِلا َفَأ ْ غنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?”
Ad: Main Facebook dan Twitter Dapat Uang, Pulsa, Sekaligus Sedekah. Caranya..? Silahkan KLIK DI SINI
Lihatlah realiti hidupmu sekarang dan sejarah hidupmu di zaman silam, pernahkah Allah meninggalmu, pernahkah Allah murkakanmu walaupun sebelum engkau ditugas membawa agama ini? Tidakkah Allah
telah melindungimu semasa engkau yatim piatu? Tidakkah ia telah menyelamatkan engkau dengan hidayat-Nya semasa engkau terumbang-ambing dalam keadaan tiada pedoman’ Tidakkah Allah telah menutupkan kemiskinanmu dengan pemberian-pemberian-Nya yang limpah?
Engkau telah dilahirkan yatim kemudian Allah telah memberi perlindungan kepadamu menyebabkan semua hati sayangkanmu hingga hati bapa saudaramu sendiri Abu Talib yang tidak seagama denganmu.
Dahulu engkau seorang miskin, lalu Allah kayakan dirimu dengan sikap memada di samping mengayakanmu dengan usaha-usaha perdaganganmu sendiri dan dengan harta isterimu Khadijah r.a. hingga engkau terselamat dari perasaan merasa miskin dan dari perasaan ingin berangan-angan untuk mendapat kekayaan yang wujud di sekeliling engkau.
Dahulunya engkau telah dilahirkan dalam masyarakat jahiliyah yang penuh dengan kefahaman-kefahaman dan kepercayaan-kepercayaan yang kacau-bilau, kelakuan-kelakuan yang sesat dan peraturan-peraturan yang menyeleweng yang menyebabkan hatimu tidak tenteram, tetapi di waktu itu engkau masih belum menemui satu jalan yang terang, jelas dan meyakinkan, sama ada dalam tradisi jahiliyah atau dalam agama pengikut-pengikut Musa dan ‘Isa a.s. yang telah mengubah dan meminda dasar-dasar agama mereka dan menyebabkan mereka menyeleweng dari agama yang benar. Kemudian Allah memberi hidayat kepadamu dengan agama-Nya yang benar yang telah diwahyukan kepadamu, dan dengan sebuah sistem hidup yang menghubungkan engkau dengan-Nya.
Hidayat yang menyelamatkan manusia dan kekacauan ‘aqidah dan kesesatannya merupakan ni’mat yang paling agung yang tidak dapat ditandingi oleh ni’mat-ni’mat yang lain. Hidayat itu memberikan kerehatan dan ketenteraman dari segala kegelisahan dan kepenatan jiwa yang tiada tolok bandingnya. Ayat ini mungkin diturunkan dengan sebab penderitaan jiwa yang dialami Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya keputusan wahyu, dan semasa Rasulullah s.a.w. menerima berbagai-bagai cemuhan dan penghinaan dari kaum Musyrikin, dan sewaktu beliau merasa sepi dari kekasih, lalu ayat ini turun untuk mengingat dan menenangkan beliau bahawa Allah tidak akan meninggalkannya dalam kebingungan, sebagaimana ia tidak meninggalkannya sebelum ini dalam keadaan kebingungan dan tanpa pedoman.
Ad: Main Facebook dan Twitter Dapat Uang, Pulsa, Sekaligus Sedekah. Caranya..? Silahkan KLIK DI SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mutiara Hikmah
"Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus disedekahkan untuk setiap ruas itu." Para shahabat bertanya, "Siapa yang kuat melaksanakan itu, ya Rasulullah? Beliau menjawab, "Dahak yang di masjid itu lalu ditutupinya dengan tanah, atau menyingkirkan sesuatu gangguan dari tengah jalan itu berarti sedekah. Atau, sekiranya tidak dapat melakukan itu, cukuplah diganti dengan mengerjakan dua rakaat shalat dhuha." (HR. Ahmad dan Abu Daud)
0 comments:
Post a Comment